menguap02

ADAB-ADAB  MENGUAP

  • Lawan Menguap sekemampuan anda

Sesiapa yang terasa hendak menguap dalam solat, hendaklah ia berusaha melawan sekemampuannya. Ini berdasarkan hadith  diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abu Hurairah, ra  daripada Nabi saw, Baginda bersabda;

التثاؤب من الشيطان فإذا تثاءب أحدكم فليكظم ما استطاع ) 

Ertinya: “ Menguap itu daripada syaitan. Maka apabila salah seorang dari kalian menguap maka hendaklah dia meredamnya sekemampuan  yang boleh) (1).

Maksud sabda Nabi s.a.w : (Menguap itu daripada  syaitan), ialah  bahawa syaitan suka menguap. Syaitan adalah pencetus rasa untuk  menguap. Syarak menisbahkan setiap perkara makruh kepada syaitan kerana syaitan adalah pengantaranya. Menurut Imam An-Nawawi  menguap itu dinisbahkan kepada syaitan kerana syaitan mengajak kepada syahwat.

  • Meletakkan tangan di mulut, apabila  menguap terjadi

Jika sudah tidak dapat menutup  mulut, maka hendaklah meletakkan tangannya di atas mulut untuk menutupnya. Ini berdasarkan hadith Nabi s.a.w  yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri r.a  daripada Nabi saw bersabda

إذا تثاوب أحدكم فليمسك بيده على فيه فإن الشيطان يدخل )

Ertinya “ Apabila seseorang dari kamu menguap, maka hendaklah dia meletakkan tangan di atas mulutnya kerana sesungguhnya syaitan boleh memasuki”.

Imam Al-Tirmizi berkata: Sebahagian ulama tidak menyukai  menguap di dalam solat. Kata Ibrahim : Saya akan menolak menguap dengan berdehem.

Ibn al-Arabi berkata, perlu menahan diri dari  menguap dalam setiap keadaan. Disebut secara khusus di dalam solat kerana dalam keadaan solat itu lebih utama untuk ditahan dari menguap  kerana ia boleh menyebabkan kedudukan tidak lagi I’tidal  dan tidak lurus.  Ini di catatkan juga oleh Ibnu Hajar di dalam Kitab Fathul Bari.

Menurut Imam An-Nawawi, para ulama mengarahkan supaya meredam rasa ingin menguap dan menutupinya dengan meletakkan tangan di atas mulut agar syaitan tidak dapat mencapai tujuannya untuk memburukkan gambarannya, memasuki mulutnya dan mentertawakannya.

  • Makruh  mengangkat suara ketika menguap:

Telah diceritakan dalam hadith Abu Hurairah di atas. Antaranya ialah bahawa orang yang solat atau orang yang membaca Al-Quran, apabila menguap ketika membaca al-Quran maka hendaklah dia berhenti sekejap daripada bacaannya sehingga berakhirnya usaha meredam situasi menguap. Menguap boleh menjejaskan bacaan,  menjejaskan sebutan huruf. Ini disebut oleh Mujahid, Ikrimah dan beberapa tabien yang terkenal. Ini berkaitan menghentikan bacaan ketika menguap.  Hukum menguap di dalam solat adalah makruh, jika berkemampuan melawannya. Sepatutnya dia mujahadatun-Nafsi.

  •  Tidak ada “Ta’wiz” ketika menguap:

Tidak ada ketetapan supaya  “Ta’awwuz” (a’uzubillahi mina syaitan)  apabila menguap. Rasulullah s.a.w mengajar umatnya supaya  menutup mulutnya dengan tangan ketika menguap, dan Baginda s.a.w tidak mengarahkan mereka untuk “Istia’aazah”. Apa yang disuruh ketika menguap adalah menutup mulut dengan tangan, meredam dorongan menguap dan tidak mengeluarkan suara ketika menguap.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Reply