Kedutaan Saudi

Washington: Khamis 20 Jun 2019

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang  diterbitkan pada hari Rabu (19.6.2019), mendedahkan beberapa rakaman baru dialog yang berlaku antara anggota pasukan yang memotong badan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi,  selepas pembunuhan beliau di konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki. 

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu mendedahkan mengenai butiran baru yang menyeramkan. Laporan itu  mengatakan bahawa beberapa ketika sebelum wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi dibunuh dan tubuhnya dicincang pada bulan Oktober tahun 2018 yang lepas, dua orang suspek yang disyaki terbabit dalam pembunuhan itu  menunggu di Konsulat Arab Saudi di Istanbul, dalam keadaan gelisah terhadap tugasan yang menunggu mereka dan sekejap lagi bakal dilaksanakan.  

Menurut laporan itu, yang disampaikan oleh Pelapor Khas PBB  berkaitan kematian di luar skop kehakiman bahawa Maher Abdul Aziz Mutreb adalah seorang pegawai perisikan Saudi. Beliau bekerja dengan Penasihat Kanan kepada Putera Mahkota Arab Saudi.  

Maher Mutreb bertanya: “Apakah mungkin untuk meletakkan batang dalam beg?” 

Tuan Salah Al-Tabiqi, seorang doktor forensik di Kementerian Dalam Negeri berkata, “Tidak, ia adalah sangat berat.” Salah Al-Tabiqi melahirkan harapan agar tugas dan misinya akan “mudah”. 

Salah Al-Tabiqi seterusnya berkata:  “Anggota badannya akan dipotong.  Ini tidak menjadi masalah. Mayat ini berat. Iniah kali pertama saya memotong mayat di atas tanah. Jika kita ambil beg plastik dan kita potong mayat ini kepada beberapa bahagian, persoalanb ini akan selesai. Setiap bahagian yang dipotong dibalut dengan plastik.

Pada bahagian akhir dialog dengan Salah Al-abiqi, Maher Abdul Aziz Mutreb bertanya adakah “Kambing Korban” telah tiba? Dialog itu tidak merujuk kepada Khashoggi dengan nama, tetapi dua minit kemudian Jamal Khasogi memasuki bangunan tersebut. 

Selepas Khashoggi memasuki bangunan Konsulat tersebut, beliau telah diiringi ke pejabat Konsul Jeneral di tingkat dua, di mana beliau bertemu dengan Maher Abdul Aziz Mutreb  yang pernah beliau kenali sewaktu bekerja bersama-sama di kedutaan Arab Saudi di London beberapa tahun sebelumnya.

Maher Abdul Aziz Mutreb meminta supaya Khashoggi untuk menghantar mesej teks kepada anaknya menggunakan telefon bimbit.  Balas Khashoggi: ” Apa yang saya katakan kepadanya ? Adakah saya akan tulis, kita akan bertemu sekejap masa lagi ? Saya tidak boleh mengatakan saya diculik”.  Tiba-tiba datang jawapan dengan arahan: “Ringkaskan.. .. Tanggalkan kot kamu”.

Khashoggi berkata: “Bagaimana ini boleh berlaku di kedutaan ? .. saya tidak akan menulis apa-apa,” Kata Maher Mutreb: “Sila tulis mesej wahai Jamal. Sila tulis dengan segera. Bantu kami supaya kami boleh membantu kamu. Kami akan mengembalikan kamu ke Arab Saudi pada akhir. . . dan jika kamu tidak membantu kami, kamu akan tahu apa kesudahan yang akan berlaku pada akhirnya, untuk kami selesaikan tugasan ini dengan baik.

Setelah itu, Khashoggi berkata: “Di sana ada  tuala, apakah kalian akan membius aku ? Salah seorang daripada mereka menjawab: “Ya, kami akan membius kamu”.

Laporan itu mengatakan bahawa rakaman-rakaman seterusnya mengandungi suara-suara pergerakan dan bunyi  suara tercungap-cungap secara mendadak, juga bunyi kepingan plastik dibalut. Itulah yang membawa kesimpulan kepada Perisikan Turki selepas pembunuhan Khashoggi bahawa para pegawai Arab Saudi telah memotong  mayat Khashoggi . Turut didengari adalah bunyi suara gergaji. 

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu menuntut siasatan terhadap Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman, dan pegawai-pegawai Arab Saudi lain berkenaan  tanggungjawab pembunuhan terhadap  Khashoggi.  

Laporan PBB itu berdasarkan rakaman-rakaman dan usaha siasatan jenayah yang dilakukan  oleh Bahagian Siasatan Jenayah  Turki  dan juga maklumat daripada perbicaraan-perbicaraan  terhadap para suspek di Arab Saudi.

Sumber: Reauter dan Arab 21

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Reply