Syukur

Ingatlah setiap nikmat yang Allah anugerahkan kepada Anda kerana Allah s.w.t telah melipatkan nikmat-Nya dari ujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki.

وَآتَاكُمْ مِنْ كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ الْإِنْسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ

Ertinya: “Jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan sanggup menghitungnya” (QS. Ibrahim: 34)

Kesihatan badan, keamanan negara, makanan asasi, udara dan air, semuanya tersedia dalam hidup kita. Begitulah anda memiliki dunia, namun anda tidak pernah menyedarinya. Anda menguasai kehidupan, tetapi anda tidak pernah mengetahuinya.

أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلَا هُدًى وَلَا كِتَابٍ مُنِيرٍ

“Dan, Dia menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu lahir dan batin” (QS. Luqman: 20)

Anda memiliki dua mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

{Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?} (QS. Ar-Rahman: 13)

Apakah Anda mengira bahwa, berjalan dengan kedua kaki itu sesuatu yang remeh, sedang kaki seringkali menjadi bengkak bila digunakan terus menerus berjalan tnpaa henti? Apakah Anda mengira bahwa berdiri tegak di atas kedua betis itu sesuatu yang mudah, sedang keduanya boleh saja menjadi tidak kuat dan suatu ketika patah?

Maka sedarilah, betapa hinanya diri kita tatkala terlelap tidur, ketika sanak saudara di sekitar Anda masih banyak yang tidak boleh  tidur kerana sakit yang mengganggunya? Pernahkah Anda merasa nista manakala dapat menyantap makanan lazat dan minuman sejuk di kala masih ramai  orang di sekitar Anda yang tidak boleh makan dan minum kerana sakit?

Cuba fikirkan, betapa besarnya fungsi pendengaran, yang dengannya Allah menjauhkan Anda dari ketulian. Cuba renungkan dan raba kembali mata Anda yang tidak buta. Ingatlah dengan kulit Anda yang terbebas dari penyakit lepra dan supak. Dan renungkan betapa dahsyatnya fungsi otak Anda yang selalu sehat dan terhindar dari kegilaan yang menghinakan.

Adakah Anda ingin menukar mata Anda dengan emas sebesar gunung Uhud, atau menjual pendengaran Anda seharga perak satu bukit? Apakah Anda mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah Anda, sehingga Anda menjadi bisu? Mahukah Anda menukar kedua tangan Anda dengan untaian mutiara, sementara tangan Anda buntung?

Begitulah, sebenarnya anda berada dalam kenikmatan dan kesempumaan tubuh yang tiada tara, tetapi anda tidak menyedarinya. Anda tetap merasa resah, suntuk, sedih, dan gelisah, meskipun anda masih mempunyai nasi hangat untuk disantap, air segar untuk diteguk, waktu yang tenang untuk tidur  dan kesihatan untuk terus berbuat.

Anda seringkali memikirkan sesuatu yang tidak ada, sehingga anda pun lupa mensyukuri yang sudah ada. Jiwa anda mudah terguncang hanya kerana kerugian material yang mendera. Padahal, sesungguhnya anda masih memegang kunci kebahagiaan, memiliki jambatan pengantar kebahagiaan, kurnia, kenikmatan, dan lain sebagainya. Maka pikirkan semua itu, dan kemudian syukurilah!

وَفِي أَنْفُسِكُمْ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

{Dan, pada dirimu sendiri. Maka, apakah kamu tidak memperhatikan.} (QS. Adz-Dzariyat: 21)

Fikirkan dan renungkan apa yang ada pada diri, keluarga, rumah, pekerjaan, kesihatan, dan apa saja yang tersedia di sekeliling Anda. Dan janganlah termasuk golongan yang Allah sifatkan sebagai

يَعْرِفُونَ نِعْمَتَ اللَّهِ ثُمَّ يُنْكِرُونَهَا وَأَكْثَرُهُمُ الْكَافِرُونَ

{ Mereka mengetahui nikmat Allah (yang melimpah-limpah itu), kemudian mereka tergamak mengingkarinya; dan kebanyakan mereka pula ialah orang-orang yang kufur ingkar..} (QS. An-Nahl: 83)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Reply