Pengerusi KMMB02

PERUTUSAN PENGERUSI (26 Febuari 2013)

Perjuangan Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB) untuk mencapai visi dan misinya belum tercapai  walaupun usianya melebihi 30 tahun. Cabaran yang paling besar  ialah ketidakjelasan tentang matlamat perjuangan dan jalan yang dilalui. Kita tidak mampu memandu diri kita sendiri di atas landasan yang betul  apatah lagi untuk memimpin masyarakat. Oleh yang demikian saya menyeru kepada semua anggota KMMB supaya belajar bersungguh-sungguh tentang  mu’amalah sehingga kita dapat membezakan mana yang harus dan mana yang dilarang. Dengan yang demikian kita akan dikurniakan oleh Allah jalan menuju kejayaan.

Firman Allah (s.w.t):

والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا

bermaksud: Dan mereka yang (sama-sama) berjihad) untuk mencari (keredhaan) Kami  akan tunjukan kepada mereka jalan-jalan Kami.

. 

Keputusan ALK mewajibkan JKPK mengadakan usrah sekali sebulan hendaklah di patuhi sebagai asas  untuk memahami mu’amalah Islam. Walau bagaimana  sukar sekali pun untuk mengadakannya,  jika diusahakan bersungguh-sungguh insya Allah akan berjaya seperti mana kata pepatah Arab: 

من جد وجد ومن كسل فشل

Maksudnya; Siapa yang bersungguh akan dapat dan siapa yang malas akan gagal

Kita mesti sedar bahawa salah satu prinsip hidup dalam Islam ialah jihad.  Mengikut Dr. Muhammad Naim Yasin: Jihad yang paling utama ialah jihad melawan nafsu malas   belajar.  Kemudian diikuti dengan jihad untuk beramal dengan ilmu yang di pelajari dan menyampaikannya kepada orang lain.

Sebagai pemimpin diperingkat pusat, negeri dan daerah kita bertanggung jawab memimpin anggota dan masyarakat kembali kepada ajaran Islam dalam  bidang mu’amalah supaya mereka memperolehi rezeki yang halal serta terselamat dari riba dan gharar.  Untuk itu kita mestilah terlebih dahulu mempuyai ilmu. Tanpa ilmu yang mencukupi tak mungkin kita dapat memimpin mereka ke jalan yang betul seperti mana kaedah fiqh menyatakan:

فاقد الشئ لا يعطى

bermaksud: orang yang tiada sesuatu tidak dapat memberi.

Orang yang melakukan kerja tanpa ilmu bagaikan orang yang berjalan tanpa jalan (Hasan Al-Basri). Tindakannya lebih banyak membawa kerosakan dari  kebaikan (Umar Abdul Aziz).

Semoga dengan kesungguhan dan keikhlasan kita KMMB akan mencapai Visi dan Misinya.  Wassalamalaikum.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Reply