Pelarian

Tahap tertinggi pergerakan pelarian yang dicatatkan, ialah 68.5 juta penduduk di seluruh dunia  di mana mereka dipaksa melarikan diri dari rumah mereka, angka yang tidak pernah berlaku sebelum ini, menurut Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR).

Menurut statistik terbaru UNHCR, negara-negara utama yang menampung kedatangan  pelarian adalah: Turki, yang menampung tiga juta dan 500 ribu pelarian (3,500,000), diikuti oleh Pakistan dan Uganda, yang masing-masing menyelenggarakan satu juta dan 400 ribu (1,400,000) pelarian, dan di tempat keempat adalah negara Lebanon, yang menyelenggarakan sekitar satu juta (1,000,000) pelarian.

Dari segi jumlah pelarian, kira-kira satu perlima adalah orang Palestin, selebihnya, kebanyakannya dari hanya lima negara: Syria, Afghanistan, Somalia, Sudan Selatan dan Burma. Data menunjukkan bahawa kira-kira 70 peratus daripada pelarian dunia melarikan diri dari lima negara ini.

Sumber Arab21,com

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Reply